Friday, June 25, 2010

Al-Quran itu....

Assalammualaikum wbt rakan2....

jika ditanya soalan kepada anda Al-Quran itu apa ye??

jawapan yang mungkin dijawab oleh anda:

-Al-Quran itu... panduan hidup umat islam
-Al-Quran itu... kalamullah (kata2 Allah)
-Al-Quran itu...mukjizat Rasulullah (Nabi Muhammad SAW)
-Hmmm...Al-quran itu memang penting la..untuk membezakan muslim dengan orang kafir..kita special sebab kita ada Al-Quran sebagai panduan..
-Al-Quran as our guidance in our life...untuk guide selagi mana kita hidup di dunia ni..


ALLAH BERFIRMAN..

Di dalam Al-Quran sendiri terlalu banyak penerangan mengenai Al-Quran sehinggakan terdapat surah Al-Quran (Surah Al-Furqan, Surah ke-25)

di permulaan surah tersebut Allah SWT berfirman:

"Mahasuci Allah yang telah menurunkan Furqan (Al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad), agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia)"


Allah SWT menjelaskan lagi

"sesungguhnya ia (Al-Quran itu) benar2 wahyu (yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia,

dan ia (Al-Quran) bukanlah perkatan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya.

Dan bukanlah perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran darinya.

Ia (Al-Quran) adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan seluruh alam.

Dan sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami,

pasti Kami pegang dia pada tangan kanannya.

Kemudian Kami potong pembuluh jantungnya.

Maka tidak seorangpun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami untuk menghukumnya).

Dan sungguh, Al-Quran itu pelajaran bagi orang2 yang bertakwa

Dan sungguh, Kami mengetahui bahawa di antara kamu ada orang yang mendustakan.

Dan sungguh , Al-Quran itu akan menimbulkan penyesalan bagi orang2 kafir (di akhirat).

Dan sungguh, Al-Quran itu kebenaran yang meyakinkan.

Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Agung.

(Surah Al-Haqqah, 69:40-52)

panduan hidup??

seringkali kita mengatakan Al-Quran itu sebagai panduan hidup. Tapi bukankah sekiranya Al-Quran itu sebagai panduan hidup, ia seharusnya dibaca, difahami dan diamalkan?

"erkk..hmmm aku baca ker??paham ker???amal ker???kalau tak..macam mane nak jadikan Al- Quran itu sebagai panduan hidup?

"Al-Quran itu kalamullah...mukjizat Rasulullah...patut ker aku tinggalkan??
sedangkan orang kristian boleh berbangga dengan kitab palsu mereka (bible)..siap dibawa kesana kemari..bagaimana dengan aku??Al-Quran itu sudah terbukti kesahihannya..!!!

benda yang baik kerapkali dipandang jelik dan pelik..benda yang jahat kerapkali dipandang hebat..

manusia akhir zaman..apabila manusia membaca Al-Quran di khalayak ramai, pelbagai reaksi muka kelihatan..
tetapi apabila manusia membuat kemaksiatan...biasa la tu..zaman sekarang..biarkan..buat2 tak pandang..


jangan bertangguh..mulakan dari sekarang..!

masa pantas berlalu..
ajal semakin mendekatiku..
sedangkan bayi pun boleh mati..
aku yang sudah tua ni bila lagi??
perlukah aku tunggu dan tunggu
sehingga sampai waktunya nanti..
disoal di saat aku sudah mati
pada waktu itu tiada guna lagi ..
bersendirian dan sepi
tidak boleh berpaling lagi
tidak boleh lagi beramal berbakti
bagaimana solatku??
bagaimana amalku??
Ya Allah tunjukilah kami
jalan yang Engkau redhai
lindungilah kami
dari syaitan yang durjana
yang ingin melihat kami ke neraka..!!



Tips menjadikan Al-Quran sebagi panduan

1. pertamanya, pastikan anda mempunyai Al-Quran

2. seterusnya, pastikan anda mempunyai tafsir Al-Quran (terjemahan Al-Quran)

-Supaya dapat memahami isi Al-Quran..Isi Al-Quran yang sangat menarik sangat2 la rugi jika kita tidak paham
-trend orang bernikah sekarang bagi hantaran terjemahan Al-Quran..tak payah la tunggu hantaran baru nak baca terjemahan yang diberi pasangan..beli awal2 lagi bagus..mempersiapkan diri..(^_^)


3
. bacalah Al-quran bila2 masa dan di mana jua..
-jika anda seorang yang seringkali sibuk..at least baca 1 pipi Al-quran sehari pun dah cukup..
-"Ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenang"


4. amalkan apa yang telah diperintahkan-Nya yang telah tercatat di dalam kitab suci Al-Quran

5. sampaikan kepada teman2..
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung" (Surah Al-Imran, 3:104)


HASILNYA= HIDUP ANDA INSYAALLAH BERPANDUKAN AL-QURAN DAN INSYALLAH BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT..(^_^)



Mari kita bersama-sama selongkar isi kandungan Al-quran
khazanah berharga sepanjang zaman
tidak pernah berubah mahupun sepotong ayat
apa yang anda tunggu lagi??