Wednesday, August 25, 2010

Jikalau kamu bisa melihat..




Bismilahirrahmanirrahim..

Syukur dengan nikmat Allah SWT yang masih lagi mengurniakan nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Kakiku masih lagi boleh digunakan untuk berjalan, Alhamdulillah tiada ‘arthritis’. Mataku masih bisa melihat, Alhamdulillah tiada ’cataract’. Gigiku masih mantap mengunyah, Alhamdulillah tiada ’caries’. Terlalu banyak..sangat banyak..amat2 banyak nikmat yang dikurniakan-Nya, ALHAMDULILLAH


Ramadhan Kareem

Bulan barakah yang dinanti-nanti semua umat manusia telah pun tiba malahan telah separuh perjalanan kita menyusuri bulan yang penuh barakah ini. Separuh telah berlalu..Maka bagaimana iman anda?ke mana masa anda dihabiskan?adakah masih sama seperti bulan2 terdahulu?study,kerja,bersosial,membeli-belah..?barangkali membeli-belah di bulan yang penuh barakah ini lebih mantap memandangkan hari raya bakal menjelang..tak gitu??Jika sama seperti bulan2 yang lain MAKA anda merupakan insan yang SANGAT RUGI.



Rugikah aku?

Bulan yang dijanjikan Allah swt dengan pelbagai kelebihan sangatlah rugi jika kita hanya membiarkannya berlalu begitu sahaja. Yakinkah anda, anda akan bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya?bagaimana jika ini Ramadhan yang terakhir? Maka rebutlah TAWARAN HEBAT PESTA JOM BERIBADAH DI BULAN PUASA INI. Terlalu banyak hadis2 yang memperkatakan mengenai besarnya ganjaran pahala buat siapa yang berpuasa.


Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." Hadis riwayat Bukhari, Muslim & Nasaaei.

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu." Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:

"Setiap amal perbuatan anak Adam - yakni manusia itu, yang berupa kebaikan akan dilipat gandakan pahalanya dengan sepuluh kalinya sehingga tujuh ratus kali lipatnya.
"Allah Ta'ala berfirman: "Melainkan puasa, kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku akan memberikan balasannya. Orang yang berpuasa itu meninggalkan kesyahwatannya, juga makanannya semata-mata kerana ketaatannya pada perintahKu. Seseorang yang berpuasa itu mempunyai dua macam kegembiraan, sekali kegembiraan di waktu berbukanya dan sekali lagi kegembiraan di waktu menemui Tuhannya. Nescayalah bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi."

Dari Abu Said r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah - yakni semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah, melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya - yakni dirinya -kerana puasanya tadi, sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka." (Muttafaq 'alaih)



Jom beribadah

Jadikan bulan ’bebas syaitan’ ini untuk kita meningkatkan amal ibadah bahkan agar kita bisa istiqamah agar kita bisa merebut malam kemuliaan(malam Lailatul Qadar) yang lebih baik daripada 1000 bulan InsyaAllah. Perbanyakkanlah berdoa, jangan jemu. Bacalah Al-Quran, solat berjemaahlah, berterawikhlah, bangunlah Qiamullail, banyakkan berzikir, dan jangan bermalas-malasan. Sedangkan Rasulullah dan sahabat-sahabiah bisa berperang di bulan Ramadhan, MasyaAllah sangat hebat!



Tarawikh itu spesial

Tarawih hanya dilakukan setahun 1 bulan iaitu hanya di bulan Ramadhan. Masih ramai yang berkira-kira dalam melakukan ibadah yang spesial ini. Ada yang lebih’prefer’ keluar membeli-belah di malam hari. Alasannya mudah, ”saya akan solat tarawih sendirian selepas pulang dari membeli-belah”. Tetapi pabila pulang dari ber’shopping’, diri keletihan, maka solat tarawih dilupakan. JIKALAU KAMU BISA MELIHAT betapa besarnya ganjaran yang Dia Yang maha Kuasa kurniakan dan betapa PENTINGNYA GANJARAN ITU DI KAMPUNG AKHIRAT SANA maka pastinya KAMU TINGGALKAN ITU DAN KAMU KEJAR YANG INI.


Kelebihan solat tarawih:


http://pondokhabib.wordpress.com/2010/08/12/fadhilah-sholat-tarawih-fadhilah-malam-bulan-ramadhan/


Bangunlah dari lenamu

Seringkali kita dengar, ramai yang berkata, dunia dan akhirat kena balance. Tetapi berapa ramai yang mem’balance’kan dunia dan akhirat itu? Malahan istilah ’balance’ dunia dan akhirat itu tidak boleh dipakai sama sekali. Hakikatnya kampung akhirat itu kekal abadi sedangkan dunia ini sebentar cuma. Tidaklah setanding dunia dan akhirat untuk dibandingkan. Seharusnya akhirat itu perlu dilebihkan dan dunia itu perlu diringankan agar kita bisa berjaya di ’kampung yang kekal’ InsyaAllah. Wallahualam.