Tuesday, January 12, 2010

TAHU TAPI TAK FAHAM..!!!!PLEASE LA FAHAM....!!!

Ketika menyelak helaian akhbar pada hari ini, aku tersentak dengan kenyataan seorang artis yang agak ‘well known’ dalam kalangan masyarakat melayu di negara Malaysia ni...seorang pelakon yang hebat...


Kata-katanya memang menyakitkan hati. Seolah-olah suruhan Allah SWT boleh dipakai buang...sangat2 tak patut..!!!


Faham ke si artis ni kenapa Allah SWT menyuruh buat itu ini tetapi melarang buat itu ini...???


Jelas sekali artis ini tahu tapi tak faham..!!!


Keratan akhbar bertarikh 11 januari 2010:


Si polan yang ditemui ketika ketika pengambaran drama Mayang Mengurai di Carlton Holiday, Shah Alam, Selangor baru2 ini mengakui dia memang membuka tudung ketika berlakon baru-baru ini demi memenuhi kehendak produksi itu.

Ujar ibu dua orang anak ini, niatnya hanyalah untuk mencari rezeki kerana punca rezekinya dari dunia lakonan.


Kata artis tersebut:


“Saya bukan sesuka hati pakai dan buka tudung saya. Di luar saya sebagai $@*& memang sudah bertudung.

Tetapi apabila berlakon ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika pengambaran.

Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau ‘buka’ sana sini malah dari dulu lagi saya bukanlah seorang yang seksi

Saya tahu ia merupakan isu sensitif dan banyak pendapat dalam Islam mengenai hal ini tetapi selagi saya tahu apa yang saya buat ini benda yang betul, saya rasa okey”



Kesimpulan daripada cerita si artis:


# Niat yang baik dapat menghalalkan cara???? ( Tetapi apabila berlakon ada sesetengah drama memerlukan watak saya untuk tidak bertudung, jadi saya akan buka tudung ketika pengambaran.)

- TIDAK BENAR DAN TIDAK PATUT

- si artis percaya bahawa berlakon merupakan pekerjaan yang halal dan baik dan dapat membenarkannya membuka tudung..!!!

- SI ARTIS TIDAK FAHAM..!!!

- Bertudung merupakan perkara WAJIB bagi setiap wanita Islam. Tiada kompromi dan mesti dilakukan dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan kerana Islam itu MUDAH DAN BERHIKMAH...

- SI ARTIS PERLU LEBIH TEGAS..!!!Pakai buka tudung tak boleh main2..

- Mengapa wanita islam WAJIB bertudung???



Firman Allah SWT :

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak2 perempuanmu dan isteri2 orang mukmin “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya (baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, wajah dan dadanya) ke seluruh tubuh mereka” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(Surah Al-Ahzab, 33: 59)


# niatnya hanyalah untuk mencari rezeki kerana punca rezekinya dari dunia lakonan.


- rezeki itu kurniaan Allah. Jangankan kerana rezeki diburu keredhaan Allah berlalu, kemungkaran Allah menggunung..!!!

-bertegaslah wahai kaum Hawa..!!! tetaplah dengan pendirian anda!!!anda wanita Islam, tudung tidak boleh dipakai buang..!!!

-rezeki Allah ada di mana-mana...Bumi Allah maha luas..




“Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu , Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat ( yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa.”(Surah Taha, 20:132)




Syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT telah membuka hati si artis untuk memakai tudung...si artis seharusnya bersyukur dengan Taufik Dan Hidayah yang telah Allah kurniakan kerana bukan calang2 orang boleh dapat...hanya yang BERTUAH..!!!!



Apa yang telah ditulis di atas merupakan peringatan buat diri sendiri dan juga buat kaum2 hawa yang lain..bukan untuk si artis sahaja...



Firman Allah SWT:



“Sesunguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang2 yang tidak mengerti.”(Surah Al-Anfal, 8:22)



“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat2 Allah). Mereka seperti hewan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah.”(Surah Al-A’raf, 7:179)



Semoga Allah terus membuka hati si artis ke jalan yang diredhai-Nya... hanya doa yang mampu ku titipkan walau seringkali sedih melihat hilangnya wangian si hawa yang seringkali dipandang manis di mata teruna...



PASTIKAN ANDA BUKAN SAHAJA TAHU TETAPI FAHAM..!!!

Tahu dan faham jauh bezanya. TAHU + FAHAM = ISTIQAMAH




Jadikan hari ini lebih baik dari semalam..InsyaAllah...

Asslammualaikum...