Tuesday, October 27, 2009

Indahnya Engkau Insan Bernama ‘siti’..



Hmmm entry kali ni agak pelik bunyinyer dan suspen juga buat insan2 yang bernama siti..(ye ker???)...bagus sangat ker insan yang bernama ‘siti’ ni???indah sangat ker???

Teruskan membaca...persoalannya akan terjawab di akhir pembacaan anda hehe...

sebelum saya menaip dengan lebih lanjut, adakah yang membaca post saya kali ini bernama siti? (jawab pada diri sendiri sudeh huhuu)

Kalo ya jawapannyer, tahukah anda apakah maksud ‘siti’ sebenarnya?
Kawan saya cakap, siti bermaksud perempuan tua...@ nenek !!!(betul ke???saya memang xboleh terima maklumlah diriku ini insan bernama siti)

Walau apapun definisi ‘siti’ yang diberikan berbanggalah kamu wahai ‘siti-siti’ sekalian kerana ramai serikandi2 islam yang bernama ‘siti’. Antaranya ialah :


1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


Wah..!! sungguh hebat insan2 yang bernama ‘siti’ di atas. Semoga kita dapat mencontohi akhlak2 terpuji mereka insyaAllah...

Kesimpulanya, ‘siti’ bukanlah bermaksud perempuan tua @ nenek...tetapi membawa makna ‘wanita matang’ kepada empunya diri hehe..

Ok la, that’s all for today..Assalammualaikum..(^_^)

Friday, October 23, 2009

Wahai hawa...



Dengarlah Luahan Hati Kaum Adam...


Wanita yang aku sayangi...
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta,takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu, dari hari ke hari
Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir…


Wanita yang aku rindui...
Adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur
Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah


Wanita yang aku cintai...
Yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi


Wanita yang aku impikan...
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Kerana aku seringkali lalai

Dilamar oleh kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi...
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda


Wanita yang aku sukai...
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangan di belakang hari


Sesungguhnya
Wanita yang selalu berada di dalam doaku
Adalah dirimu, dan seluruh kaum Hawamu…


Firman ALLAH S.W.T..

Perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji(pula), sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolah ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)

(Surah An-Nur 24:26)



Oleh itu sahabat2 hawaku sekalian

bersama2 lah kita menjadi WANITA “Mujahidah” yang diimpikan itu..insyaAllah..(^_^)

That's all for today...Assalammualaikum...



Sunday, October 18, 2009

Deepavali VS Hari Raya...

Assalammualaikum w.b.t rakan2...


nape ye entry kali ni bertajuk sedemikian..deepavali vs hari raya???
pe versus2 ni???cam nk cari gaduh jer bunyi nyer...
sebenarnyer bukan nk cari gaduh...dua2 perayaan sangat la bermakna buat kaum hindu dan muslim2 sekalian....
cumenyer nak citer, saya dan rakan2 jalan2 beraya mase cuti deepavali hari 2 iaitu tanggal 17 oktober 2009 bersamaan 28 syawal...
hehe still lagi syawal jadi jom jln2 beraye...(^_^)



ni gmbr2 yang sempat dirakamkn...



firstly kami beraya di rumah aina (da nearest house...sblh pntu pgr usm jer) beznyer mkn bubur lambuk my fav food huhu...



mase ni kat rumah hisyam...ramai jugak yang pergi...3 buah kerete semuanyer





mase jalan2 2 kete ainin rosak la pulak..3x rosak isyh3..(-_-)ni mke2 org yang xpenah tgk kete rosak..pe nk buat ni???help us please..!!!nk g jln2 rayer lagi ni..ktowg hanya tahu tgk jer ..repair xtaw hohoho...(nasib bek la ada mekanik tlong bantu...hehehe)






haa mase ni kat rumah tia @ fa pulak...bez mkn mee kari...lazat banget sih huhu..da kenyang baru tgkap gmbr,mase makan kne focus hehehehe..(^_^)





lastly kami pergi rumah sue...da malam penat sudah...





hehehe gambar ni mmg kne tunjuk...gambar ainin menggatal dengan adik sue..x dapat abang adik pon jadi laaa...kan ainin???(hehe ainin jgn mare ae...)

Kesimpulannya, mmg bez la jln2 beraye...next time isyaAllah kami dtg lagi hehehe

and...that's all the story that i want to share wif u all...insyaAllah kter jumpe lagi pada mse akan datang..Assalammualaikum..(^_^)

Thursday, October 15, 2009

Duhai Hati...


pesanan khas buat hati2 sedunia ...



Duhai hati janganlah kau sibuk mengejar duniawi ... tapi
kejarlah cinta pencipta dunia ini ...


hati janganlah lekakan jiwa dengan angan-angan ...
sedangkan masih terlalu banyak ilmu perlu jiwa raih ...


hati usah kau risaukan kesunyian ...
kerana pasti akan dipertemukan teman setiamu ...


hati sedarkah kau ujian itu sunnah perjuangan?
tapi kau masih terlalu rapuh menghadapinya


bersabarlah .... perjuangan masih jauh ...

teruskan amalanmu .. !!!
hentikan anganmu .. !!!
teruskan doamu ...
dan berdoalah selalu ... jaga imanmu ....

Friday, October 2, 2009

Mukaddimah...

Assalammualaikum w.b.t....

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, sang murabbi teragung,
ahlulbait, para sahabat baginda, para tabi' tabiin, para syuhada wa auliya' dan muslimin muslimat yang masih lagi tegar memperjuangkan kalimatul hak 'lailahaillALLAH'...'tiada tuhan selain ALLAH'...sehingga hari kiamat..

Syukur ke hadrat Illahi ana masih lagi diberi nikmat iman dan nikmat islam...

Dengan izin-Nya akhirnya ana ada blog yang dapat ana gunakan insyaAllah untuk kebaikan semua...


Kawan ana pernah cadangkan ana untuk buat blog sebelum ini, hisyhh pelik la...kawan ana ni buat lawak la pulak...ana dah la tak tahu sangat pasal blog2 ni...karut la kalau nak suruh ana create 1 blog...1 drop perfume tahu la hehe...

Alhamdulillah dengan izin-Nya jua tercipta sudah blog ni...
Diharap blog ini akan memberi manfaat buat semua..InsayaALLAH...

'Tidak ada batas waktu untuk beramal bagi seorang mukmin selain kematian' - Al Hassan Al Basri

Fisabilillah...(^_^)...jumpa lagi pada masa akan datang insyaALLAH...