Tuesday, October 27, 2009

Indahnya Engkau Insan Bernama ‘siti’..



Hmmm entry kali ni agak pelik bunyinyer dan suspen juga buat insan2 yang bernama siti..(ye ker???)...bagus sangat ker insan yang bernama ‘siti’ ni???indah sangat ker???

Teruskan membaca...persoalannya akan terjawab di akhir pembacaan anda hehe...

sebelum saya menaip dengan lebih lanjut, adakah yang membaca post saya kali ini bernama siti? (jawab pada diri sendiri sudeh huhuu)

Kalo ya jawapannyer, tahukah anda apakah maksud ‘siti’ sebenarnya?
Kawan saya cakap, siti bermaksud perempuan tua...@ nenek !!!(betul ke???saya memang xboleh terima maklumlah diriku ini insan bernama siti)

Walau apapun definisi ‘siti’ yang diberikan berbanggalah kamu wahai ‘siti-siti’ sekalian kerana ramai serikandi2 islam yang bernama ‘siti’. Antaranya ialah :


1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


Wah..!! sungguh hebat insan2 yang bernama ‘siti’ di atas. Semoga kita dapat mencontohi akhlak2 terpuji mereka insyaAllah...

Kesimpulanya, ‘siti’ bukanlah bermaksud perempuan tua @ nenek...tetapi membawa makna ‘wanita matang’ kepada empunya diri hehe..

Ok la, that’s all for today..Assalammualaikum..(^_^)

No comments:

Post a Comment