Showing posts with label Hawa. Show all posts
Showing posts with label Hawa. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

Indahnya Engkau Insan Bernama ‘siti’..



Hmmm entry kali ni agak pelik bunyinyer dan suspen juga buat insan2 yang bernama siti..(ye ker???)...bagus sangat ker insan yang bernama ‘siti’ ni???indah sangat ker???

Teruskan membaca...persoalannya akan terjawab di akhir pembacaan anda hehe...

sebelum saya menaip dengan lebih lanjut, adakah yang membaca post saya kali ini bernama siti? (jawab pada diri sendiri sudeh huhuu)

Kalo ya jawapannyer, tahukah anda apakah maksud ‘siti’ sebenarnya?
Kawan saya cakap, siti bermaksud perempuan tua...@ nenek !!!(betul ke???saya memang xboleh terima maklumlah diriku ini insan bernama siti)

Walau apapun definisi ‘siti’ yang diberikan berbanggalah kamu wahai ‘siti-siti’ sekalian kerana ramai serikandi2 islam yang bernama ‘siti’. Antaranya ialah :


1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


Wah..!! sungguh hebat insan2 yang bernama ‘siti’ di atas. Semoga kita dapat mencontohi akhlak2 terpuji mereka insyaAllah...

Kesimpulanya, ‘siti’ bukanlah bermaksud perempuan tua @ nenek...tetapi membawa makna ‘wanita matang’ kepada empunya diri hehe..

Ok la, that’s all for today..Assalammualaikum..(^_^)

Friday, October 23, 2009

Wahai hawa...



Dengarlah Luahan Hati Kaum Adam...


Wanita yang aku sayangi...
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta,takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu, dari hari ke hari
Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir…


Wanita yang aku rindui...
Adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur
Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah


Wanita yang aku cintai...
Yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi


Wanita yang aku impikan...
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Kerana aku seringkali lalai

Dilamar oleh kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi...
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda


Wanita yang aku sukai...
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangan di belakang hari


Sesungguhnya
Wanita yang selalu berada di dalam doaku
Adalah dirimu, dan seluruh kaum Hawamu…


Firman ALLAH S.W.T..

Perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji(pula), sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolah ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)

(Surah An-Nur 24:26)



Oleh itu sahabat2 hawaku sekalian

bersama2 lah kita menjadi WANITA “Mujahidah” yang diimpikan itu..insyaAllah..(^_^)

That's all for today...Assalammualaikum...