Friday, December 24, 2010

Tidak kesian pada ayah??

entri ini ditulis dikala diri ini rindu pada ayah...saya sayang ayah saya..sayang sangat5..






Kamu tak sayang ayah?

Jika saya bertanya:
adakah kamu sayang ayah kamu?
-sudah pasti 100% respondents saya akan menjawab YA !!! mestilah sayang... kenape lah tanye soalan yang tak logik nih..(mungkin begini reaksi anda..betul ke??).

Bagaimana pula kalian menunjukkan rasa sayang kalian kepada ayah?
skema jawapan:
-owh, macam2 yang saya buat..saya bagi hadiah semasa hari lahir, father's day, bagi hadiah sajer2 pun ade jugak..bagus tak saya..(memang bagus..mantap!)
-saya sentiasa patuh dan hormat ayah saya...(huhu terharu..)
-hmmm..no comment..(the most worst answer!)

tak kisah lah ape yang ada lakukan untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang anda kepada ayah anda..persoalannya, adakah anda betul2 sayang ayah anda?



i love my dad

Bukan materialistik
semata-mata

Ramai yang mendefinisikan sayang hanya dengan materialistik atau duniawi semata. Hadiah seperti pakaian, kasut, tali pinggang, kain pelikat dan macam2 lagi..sudah pasti bisa membahagiakan kehidupan dunia mereka. Hakikatnya ayah/papa/abah/daddy anda tidak pernah menginginkan semua itu.. kejayaan, anda, kepatuhan anda, kesopanan anda kepada mereka..itulah yang lebih bermakna..
Pastinya kehidupan mereka lebih bermakna sekiranya anak2 perempuan mereka tidak menambahkan dosa mereka..

Adakah saya menyebabkan ayah saya berdosa? sayangkah saya pada ayah jika saya menyebabkan ayah berdosa hari demi hari???


Dosa mereka bertambah

Untunglah seorang bapa jika anak perempuannya solehah, menjaga auratnya, menjaga ikhtilatnya (pergaulan dengan berlawanan jantina), menjauhi zina (* rujuk jenis2 zina: hati, lidah, mata, telinga, kaki dan kemaluan) serta mengelakkan diri dari melakukan dosa..kerana bapa merupakan wali/ pemimpin kepada anak2 perempuannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu". - Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad

me and my dad (^_^)


Begitu berat tugas sebagai sebagai seorang bapa lebih2 lagi jika mempunyai anak
perempuan. Aurat bagi anak2 perempuan lebih complicated berbanding anak2 lelaki. Tambahan pula, berapa ramai anak2 perempuan yang bisa menjaga aurat mereka dengan sempurna? Aurat di depan lelaki bukan mahram seperti abang ipar, sepupu, jiran tetangga dan lain2.. (yakni lelaki yang boleh dikahwini) adakah dijaga?. Aurat itu bukanlah hanya dijaga dengan sempurna tika keluar ke bandar, ke kuliyah atau ke tempat kerja sahaja. Jika sudah namanya bukan mahram maka auratmu harus dijaga..!! disebabkan dosa inilah saham dosa ayah terus meningkat..adakah saya sayang ayah?







Ayah perlu nasihat


Seorang bapa perlu sedar akan tanggungjawabnya dalam mendidik anak2. Perbuatan anak2 yang bisa menyebabkan mereka turut berdosa perlu ditegah. Gunakan tangan untuk mencegah, lidah dengan menasihati dan selemah-lemah iman melalui hati dengan berdoa. Dan sebagai seorang anak yang amat menyayangi kedua orang tuanya, jagalah dirimu dari dosa agar kedua orang tuamu bisa bahagia bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat sana..insyaAllah..




keluarga bahagia

Islam itu indah


Dapat dilihat indahnya konsep Islam dalam mendidik anak2.. Ibu bapa merupakan tunjang utama dan merupakan master mind bagi anak2. Jika didikannya bagus, maka beruntunglah kedua ibu bapa tersebut di alam sana.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala
amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah
berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan."



anak saudaraku- Fahim. moga menjadi anak yang soleh
.


Penutup

Tugas sebagi seorang ayah dan suami merupakan tugas yang sangat mencabar. Janganlah sesekali dipandang remeh wahai kaum Adam... bimbinglah isterimu, anak-anakmu agar anak2 solehmu itu bisa membahagiakanmu di alam sana insyaAllah...

Jikalau benar kamu menyayangi ayahmu.. buktikanlah !..


SAYA AKAN BUKTIKAN..SAYA SAYANG AYAH SAYA..!!
anda bagaimana??

~snhidayah~

4 comments:

  1. Salam ukhti..moga sama-sama jaga diri,jge tingkah laku agar tak jadi perhatian lelaki..good entry..saya sayang abah saya..hee

    ReplyDelete
  2. salam. terkesima sebentar. entry yang bagus n menyentap hati.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah . entry yang menginsafkan . #Deep_

    ReplyDelete