Friday, November 13, 2009

Islamic Jokes (1)



True Incident: A young man in a village refused to believe that Allah has total control of everything. He claimed that Allah cannot make him eat food if he didn't want to eat. To prove his point, he decided to stay hungry for a day and see if Allah can make him eat. His mother tried her best to stop this foolishness but he paid no attention. Annoyed of his mother in the evening, he decided to climb a tree and isolate himself there. Being compassionate, his mother decided to leave the food under the tree incase her son finally gives up and wants to eat. When the night fell, a group of robbers were passing by that tree. They noticed a plate of delicious food placed under the tree. They looked at each other in amazement and thought that someone must be playing a trick on them. May be someone is trying to poison them with good food. They looked around to see if there was anyone nearby and noticed the young man on top of the tree. The robbers got him down and told him to eat the food to see if it is poisoned. But the young man refused to eat as he is still carrying on his challenge against Allah. The robbers became suspicious and started beating the young man to eat. He gave up and started eating. Seeing that the food was not poisoned, the robbers left him and went away. Finally, the young man admitted that yes, Allah has total control of everything!


http://www.islamcan.com/islamic-jokes.shtml


Moral of the story : He (Allah S.W.T) The Most Powerful, The Most Greatest..!!!



Firman Allah S.W.T :

Sungguh, Tuhanmu (adalah) Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu dia bersemayam atas ‘Arsy. Dia menutupkan malam kapada siang yang mengikutinya dengan cepat. (Dia ciptakan) matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya. Mahasuci Allah, Tuhan seluruh alam. (Surah Al-A’raf 7:54)



Kadang-kala, dakwah sacara gurauan lebih berkesan kerana hiburan itu indah selagi mana kita tidak salah memilihnya...Renung-renungkan dan selamat beribadah...see u all next time insyaAllah...Assalammualaikum...(^_^)

Tuesday, November 3, 2009

Kelebihan Membaca AL-QURAN Dan BERZIKIR



Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Mas’ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu ,

1. tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya.
2. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan
3. ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya:

"Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan

1. menambah ilmu pengetahuan agama,
2. menguatkan iman,
3. menempa ketenteraman,
4. menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya.

Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.


3 PERINGKAT ZIKIR

Zikir Qauli
Zikir qauli adalah zikir dengan menyebut nama Allah dengan lidah dan meresapkannya ke dalam hati, seperti membaca tasbih, tahmid, takbir, istighfar, tahlil, membaca al-Quran dan sebagainya.

Zikir Fi'li
Zikir Fi'li adalah zikir dengan perbuatan, umpamanya meninggalkan perbuatan maksiat, menuntut ilmu, mencari rezeki halal, menghibur orang yang sedang kesusahan dan seumpamanya.

Zikir Tafakur
Zikir Tafakur adalah zikir yang dilakukan dengan memikirkan makhluk-makhluk cipataan Allah setiap waktu dan keadaan.
Zikir inilah yang paling tinggi tingkatannya.



“Sesungguhnya orang2 yang selalu mambaca Kitab Allah (Al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam2 dan terang-terangan , mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi.”(Surah Fatir 35:29)

“Wahai orang2 yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat (nama-Nya ) sebanyak-banyaknya.” (Surah Al-Ahzab 33:41)


Bersama-samalah kita meningkatkan amal ibadah dan mengejar keredhaan-Nya..InsyaAllah...selamat beribadah rakan2...(^_^) Assalammualaikum...

Tuesday, October 27, 2009

Indahnya Engkau Insan Bernama ‘siti’..



Hmmm entry kali ni agak pelik bunyinyer dan suspen juga buat insan2 yang bernama siti..(ye ker???)...bagus sangat ker insan yang bernama ‘siti’ ni???indah sangat ker???

Teruskan membaca...persoalannya akan terjawab di akhir pembacaan anda hehe...

sebelum saya menaip dengan lebih lanjut, adakah yang membaca post saya kali ini bernama siti? (jawab pada diri sendiri sudeh huhuu)

Kalo ya jawapannyer, tahukah anda apakah maksud ‘siti’ sebenarnya?
Kawan saya cakap, siti bermaksud perempuan tua...@ nenek !!!(betul ke???saya memang xboleh terima maklumlah diriku ini insan bernama siti)

Walau apapun definisi ‘siti’ yang diberikan berbanggalah kamu wahai ‘siti-siti’ sekalian kerana ramai serikandi2 islam yang bernama ‘siti’. Antaranya ialah :


1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


Wah..!! sungguh hebat insan2 yang bernama ‘siti’ di atas. Semoga kita dapat mencontohi akhlak2 terpuji mereka insyaAllah...

Kesimpulanya, ‘siti’ bukanlah bermaksud perempuan tua @ nenek...tetapi membawa makna ‘wanita matang’ kepada empunya diri hehe..

Ok la, that’s all for today..Assalammualaikum..(^_^)

Friday, October 23, 2009

Wahai hawa...



Dengarlah Luahan Hati Kaum Adam...


Wanita yang aku sayangi...
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta,takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu, dari hari ke hari
Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir…


Wanita yang aku rindui...
Adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur
Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah


Wanita yang aku cintai...
Yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi


Wanita yang aku impikan...
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Kerana aku seringkali lalai

Dilamar oleh kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi...
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda


Wanita yang aku sukai...
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangan di belakang hari


Sesungguhnya
Wanita yang selalu berada di dalam doaku
Adalah dirimu, dan seluruh kaum Hawamu…


Firman ALLAH S.W.T..

Perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji(pula), sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik(pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolah ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)

(Surah An-Nur 24:26)



Oleh itu sahabat2 hawaku sekalian

bersama2 lah kita menjadi WANITA “Mujahidah” yang diimpikan itu..insyaAllah..(^_^)

That's all for today...Assalammualaikum...



Sunday, October 18, 2009

Deepavali VS Hari Raya...

Assalammualaikum w.b.t rakan2...


nape ye entry kali ni bertajuk sedemikian..deepavali vs hari raya???
pe versus2 ni???cam nk cari gaduh jer bunyi nyer...
sebenarnyer bukan nk cari gaduh...dua2 perayaan sangat la bermakna buat kaum hindu dan muslim2 sekalian....
cumenyer nak citer, saya dan rakan2 jalan2 beraya mase cuti deepavali hari 2 iaitu tanggal 17 oktober 2009 bersamaan 28 syawal...
hehe still lagi syawal jadi jom jln2 beraye...(^_^)



ni gmbr2 yang sempat dirakamkn...



firstly kami beraya di rumah aina (da nearest house...sblh pntu pgr usm jer) beznyer mkn bubur lambuk my fav food huhu...



mase ni kat rumah hisyam...ramai jugak yang pergi...3 buah kerete semuanyer





mase jalan2 2 kete ainin rosak la pulak..3x rosak isyh3..(-_-)ni mke2 org yang xpenah tgk kete rosak..pe nk buat ni???help us please..!!!nk g jln2 rayer lagi ni..ktowg hanya tahu tgk jer ..repair xtaw hohoho...(nasib bek la ada mekanik tlong bantu...hehehe)






haa mase ni kat rumah tia @ fa pulak...bez mkn mee kari...lazat banget sih huhu..da kenyang baru tgkap gmbr,mase makan kne focus hehehehe..(^_^)





lastly kami pergi rumah sue...da malam penat sudah...





hehehe gambar ni mmg kne tunjuk...gambar ainin menggatal dengan adik sue..x dapat abang adik pon jadi laaa...kan ainin???(hehe ainin jgn mare ae...)

Kesimpulannya, mmg bez la jln2 beraye...next time isyaAllah kami dtg lagi hehehe

and...that's all the story that i want to share wif u all...insyaAllah kter jumpe lagi pada mse akan datang..Assalammualaikum..(^_^)

Thursday, October 15, 2009

Duhai Hati...


pesanan khas buat hati2 sedunia ...



Duhai hati janganlah kau sibuk mengejar duniawi ... tapi
kejarlah cinta pencipta dunia ini ...


hati janganlah lekakan jiwa dengan angan-angan ...
sedangkan masih terlalu banyak ilmu perlu jiwa raih ...


hati usah kau risaukan kesunyian ...
kerana pasti akan dipertemukan teman setiamu ...


hati sedarkah kau ujian itu sunnah perjuangan?
tapi kau masih terlalu rapuh menghadapinya


bersabarlah .... perjuangan masih jauh ...

teruskan amalanmu .. !!!
hentikan anganmu .. !!!
teruskan doamu ...
dan berdoalah selalu ... jaga imanmu ....

Friday, October 2, 2009

Mukaddimah...

Assalammualaikum w.b.t....

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, sang murabbi teragung,
ahlulbait, para sahabat baginda, para tabi' tabiin, para syuhada wa auliya' dan muslimin muslimat yang masih lagi tegar memperjuangkan kalimatul hak 'lailahaillALLAH'...'tiada tuhan selain ALLAH'...sehingga hari kiamat..

Syukur ke hadrat Illahi ana masih lagi diberi nikmat iman dan nikmat islam...

Dengan izin-Nya akhirnya ana ada blog yang dapat ana gunakan insyaAllah untuk kebaikan semua...


Kawan ana pernah cadangkan ana untuk buat blog sebelum ini, hisyhh pelik la...kawan ana ni buat lawak la pulak...ana dah la tak tahu sangat pasal blog2 ni...karut la kalau nak suruh ana create 1 blog...1 drop perfume tahu la hehe...

Alhamdulillah dengan izin-Nya jua tercipta sudah blog ni...
Diharap blog ini akan memberi manfaat buat semua..InsayaALLAH...

'Tidak ada batas waktu untuk beramal bagi seorang mukmin selain kematian' - Al Hassan Al Basri

Fisabilillah...(^_^)...jumpa lagi pada masa akan datang insyaALLAH...