Tuesday, April 13, 2010

Emulsifier?? Halal atau Haram??



Assalammualaikum wbt sahabat2...

Alhamdulillah3x Allah SWT masih lagi memberi kesempatan waktu dan idea buat diriku ini untuk meng”update’ blogku yang kucintai ini (cehh)

Seperti yang anda telah lihat dan baca tajuk entry ana di atas...topik kita hari ini adalah emusifier..(macam cikgu la pulak..)

Apakah itu emulsifier?
Turut dikenali sebagai pengemulsi makanan, merupakan aditif makanan yang berfungsi dalam menyedapkan makanan. Sering ditulis dalam bentuk kod seperti [E120,E141,E160(a),E161,E252].

Emulsifier apa yang HARAM?
[E120,E141,E160(a),E161,E252,E300,E301,E422,E430,E431,E433,E435,E436,
E441,E470,E471,E472(A&E),E473-477,E481-E483,E491,E494,E542,E570,E631,E635,E920]


Pengelmusi2 ini ‘dikatakan’ HARAM kerana diperolah daripada sumber yang HARAM iaitu babi (betul ke?pastikan anda baca sampai habis..)


Halal atau haram?
Kemusykilan ini ana yakin berlaku pada kebanyakan umat islam yang prihatin dengan makanan yang akan dimakan oleh mereka. Ana sendiri kadang-kala ‘frust’ kerana makanan yang hendak dibeli (terutamanya snek buatan malaysia) ada logo HALAL yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM tetapi ada pulak kod2 emulsifier seperti di atas (confuse halal ke haram..) Macam nana pihak JAKIM boleh bagi logo HALAL?apa kriteria2 dan syarat2 bagi melayakkan sesuatu makanan itu mendapat logo HALAL?bagaimana nak tahu makanan itu betul2 HALAL atau tidak?


Disebabkan pelbagai persoalan yang timbul, ana pun mengambil keputusan untuk menulis sepucuk surat aduan kepada pihak JAKIM melalui laman web JAKIM (http://www.islam.gov.my/portal/#) bagi meguraikan persoalan2 tersebut...



sepucuk surat aduan dilayangkan tanggal 13 april 2010

salam...berkenaan perkidmatan JAKIM dalam memberi sijil HALAL kepada premis2 perniagaan dan juga produk2 makanan, saya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kriteria2, serta syarat2 yang digunakan oleh pihak JAKIM dalam memberikan kelulusan sijil HALAL ini....


adakah syarat2 dalam mendapatkan kelulusan hanya dilihat dari sudut pemprosesan makanan?bagaimana pula dengan ramuan makanan yang digunakan?kod2 makanan iaitu [E120,141,160(a),161,252,300,301,422,430,431,433,435,436,441,

470,471,472(A&E),473-477,481-483,491,494,542,570,631,635,920] dikatakan tidak halal kerana menggunakan sumber haiwan terutamanya babi sebagai penambah dalam makanan yang diproses. Kebanyakan makanan ringan mengandungi kod2 ramuan di atas dan bebas dijual dan dibeli oleh umat Islam.



Kemusykilan saya, sejauh manakah halal makanan yang dijual secara berleluasa ini sekiranya menggunakan kod2 di atas sebagai ramuan?kebanyakan kod2 ini berasaskan haiwan yang haram iaitu babi. Adakah pihak JAKIM turut meneliti sumber ramuan2 yang digunakan?



Saya ambil contoh E631 yang banyak digunakan dalam makanan terutamanya snek makanan ringan, setelah membuat pencarian di internet, saya mendapati sumber perisa tambahan ini kebiasaanya diperoleh bersumberkan daripda babi dan ikan sahaja.




Kami sebagai pengguna kadang-kala was-was, walaupun sijil HALAL JAKIM tertera bagaimana pula dengan kod2 tersebut HALAL atau tidak...saya harap pihak JAKIM dapat menjawab kemusykilan kami sebagai pengguna..segala kerjasama pihak anda didahulukan dengan ucapan terima kasih..


ana fikir mugkin surat aduan ana tidak akan dilayan atau mungkin akan dibalas lewat. Tetapi sunguh daku tidak percaya keesokan harinya suratku berbalas..(^_^)

p/s sila tukar bacaan anda daripada puan hidayah kepada cik hidayah..


Jawapan

Wa'alaikumussalam wrh wbt Pihak JAKIM mengucapkan terima kasih di atas aduan yang Puan hidayah kemukakan. Pihak kami ambil maklum. Untuk makluman tambahan puan, JAKIM berbidangkuasa bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) bertindak pada mana-mana agensi yang telah memohon pensijilan halal dari JAKIM tetapi terdapat aduan berhubung dengannya. Kuasa JAKIM adalah terbatas kepada pemegang-pemegang sijil halal Malaysia untuk memastikan pematuhan terhadap standard dan piawaian halal.


Sekiranya dalam produk terbabit terdapat logo halal Malaysia, maka produk terbabit adalah Halal iaitu Halal Malaysia selaras dengan prinsip Halalan Thoyyiban yang berasaskan Syariah dan diluluskan dengan mengambil kira aspek kualiti dan keselamatan. Pensijilan Halal Malaysia juga adalah tertakluk kepada MS 1500: 2009 dan ISO IEC Guide 65. Ia mempunyai jaminan intergriti, keselamatan, kualiti (GMP) kerana melalui sistem yang terbaik dunia, analisis halal, standard halal, penguatkuasaan dan sebagainya. 'Halal jaminan terpilih' merupakan tagline halal.




Walau bagaimanapun, sekiranya tidak terdapat Logo Halal JAKIM bagi sesuatu produk dan tiada dalam rekod JAKIM yang boleh diakses melalui portal Halal JAKIM, maka JAKIM tidak dapat mengesahkan sama ada sesuatu produk tersebut halal atau sebaliknya kerana semuanya bergantung kepada inisiatif sesuatu agensi untuk membuat permohonan kepada JAKIM.




Sebaliknya sekiranya sesuatu makanan itu telah mendapat logo halal dari agensi swasta yang lain, maka tuan haruslah mengajukan atau mempertikai isu halal tersebut kepada pemberi logo halal tersebut. Ini kerana ia tidak berada di bawah bidangkuasa JAKIM untuk membolehkan JAKIM mempertikai halal yang telah dikeluarkan oleh agensi lain. Hal ini turut disebut dalam Akta Perihal Dagangan 1972 yang tidak memberi autoriti/kuasa kepada JAKIM secara tunggal dalam memberikan pensijilan halal di Malaysia. Di samping itu, JAKIM bersama Jabatan Peguam Negara sedang berusaha bagi mewujudkan






Akta Halal dan mencadangkan agar JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri menjadi pengeluar tunggal/competent dalam pengeluaran sijil Halal di Malaysia.
Terkini, JAKIM telahpun bekerjasama dengan Jabatan Kimia Negara untuk melancarkan proses analisis halal bahan-bahan yang digunakan dengan lebih cepat dan tepat melalui cara DNA iaitu mesin pemecah molekul Tremocycler sepertimana berita di laman web kami.




Merujuk kepada pertanyaan puan, penggunaan e code iaitu penentuan status kehalalan bahan tambahan makanan(food additive). Sebagai contoh, penggunaan emulsifier(E 471) -penggunaan bagi sesebuah negara di dunia bahan ini telah dibuat menggunakan bahan-bahan dari haiwan tetapi di Malaysia, JAKIM telah memastikan bahawa E 471 yang berasaskan tumbuhan sahaja yang akan digunakan oleh kilang-kilang berdaftar dengan JAKIM.



Begitu juga bagi bahan kritikal yang lain seperti lecitin, glycerin,-JAKIM telah memastikan bahawa bahan-bahn ini adalah halal untuk digunakan oleh pengilang-pengilang sehingga melayakkan mereka mendapat pengesahan halal JAKIM. Sememangnya terdapat sebahagian bahan tambahan makanan ini boleh dihasilkan samada dari tumbuhan ataupun haiwan. Maka dengan itu, JAKIM telah berusaha dengan melakukan pemeriksaan dan ujian makmal untuk memastikan hanya food additive yang berasaskan tumbuhan sahaja yang akan digunakan oleh pengusaha yang mendapat pengesahan halal JAKIM.



Oleh yang demikian, dakwaan dari email/website luar negara yang mengatakan food additive yang menggunakan kod E sebagai tidak halal adalah tidak boleh diterima untuk produk yang dikilangkan di Malaysia. Mungkin dakwaan tersebut benar untuk produk di luar negara tetapi tidak boleh diterima sepenuhnya untuk produk tempatan.





Sebagai rujukan, Bahagian Hab Halal JAKIM telah menyediakan buku panduan bertajuk HANDBOOK OF HALAL FOOD ADDITIVES pada tahun 2006. Dalam buku tersebut terkandung senarai kod yang terdapat di laman web tersebut. Puan boleh dapatkan buku tersebut secara percuma di Bahagian Hab Halal JAKIM di Cyberjaya. Bahagian Hab Halal merangkumi semakan status halal produk, premis dan rumah sembelihan yang mendapat Sijil HALAL MALAYSIA.





Puan juga boleh terus mengemukakan sebarang aduan dan pertanyaan kepada yang lebih arif mengenai produk dan pensijilan halal melalui laman web kami di :


http://www.halalmalaysia.gov.my


ataupun menghubungi kami di talian : Tel : 03-8315 0200(Hot Line) Fax : 03-8318 7044
Pihak kami mengharapkan kerjasama puan juga untuk memaklumkan kepada kenalan.


Pihak Jabatan menghargai keprihatinan puan dalam menjaga kepentingan umat Islam ini dan tanpa kerjasama sebegini adalah mustahil bagi Jabatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Sekian, terima kasih. Wassalam..........


Status Selesai.
Nombor Rujukan 20100413(1)




Seusai membaca surat di atas, hati ini menjadi lega kerana boleh makan snek ringan buatan Malaysia yang baru dibeli heee..(snek terbeli sebab hanya check logo HALAL sahaja)




Kesimpulannya:



JAKIM telah memastikan bahawa E-kod yang berasaskan tumbuhan sahaja yang akan digunakan oleh kilang-kilang berdaftar dengan JAKIM.

• JAKIM telah memastikan bahawa bahan-bahan ini adalah halal untuk digunakan oleh pengilang-pengilang sehingga melayakkan mereka mendapat pengesahan halal JAKIM.

• Jika terdapat logo HALAL yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM,dan produk tersebut dikilangkan di Malaysia, makanan tersebut adalah HALAL (gunakan tanpa was-was)

• Produk luar negara tidak dijamin ‘HALAL’

• Anda boleh merujuk laman web JAKIM untuk mengesahkan ke’HALAL’an sesuatu produk. ( http://www.islam.gov.my/portal/#) melalui pautan ‘Direktori Halal’..(hanya letakkan barcode sesuatu produk, status sah halal produk tersebut akan terpapar)



*yakinlah dengan logo HALAL JAKIM..(^_^)
Semoga anda dapat sebarkan kepada kenalan anda juga...



Firman Allah SWT: “WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN! MAKANLAH DARI REZEKI YANG BAIK YANG KAMI BERIKAN KEPADA KAMU DAN BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH, JIKA KAMU HANYA MENYEMBAH KEPADA-NYA” (Surah Al-Baqarah, 2:172)



Semoga anda semua memperoleh manfaat..Wallahualam

15 comments:

  1. Salam Iti, syabas kerana berjaya merungkai masalah halal dan haram ini.
    Dicadangkan supaya penggunaan kot E471 boleh membezakan antara sumber haiwan atau tumbuhan (eg: E471(a)untuk tumbuhan dan E471(b) utk haiwan). Wasalam

    ReplyDelete
  2. wsalam..jazakillahu khairan kasiran kepda puan Dira Kadir kerana meninggalkan komen..(skema nyer)insyaAllah cadangan puan yang bernas itu akan ana kemukakan kepada pihak yan berwajib..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.. saya dh lama cari jawapan utk persoalan kod e dgn logo jakim ni...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Terima kasih atas segala maklumat yang dikongsikan. Lega rasanya... sdh terjawab segala persoalan mengenai kod E ini.

    ReplyDelete
  5. E300, insyaAllah halal,jawapan drpd pihak JAKIM/halalMalaysia yang mengatakan ascorbic acid (E300)adalah sumbernya drpd tumbuhan..Alhamdulillah..wallAhua'lam

    ReplyDelete
  6. terima kasih byk2 atas perkongsian saudari...izinkan saya utk share dis info kt blog sya...thnks so much.

    ReplyDelete
  7. MasyaAllah...mencari Halal adalah fardu buat kita semua sebagai umat islam untuk menjadi seorang mukmin yang sejati ke jalan Allah Taala...Terima Kasih atas maklumat ini dan berharap maklumat seperti ini akan terus disebarkan dari masa ke semasa untuk umat islam yang masih lagi khuatir akan kesasihan status akan perkara seperti ini. Demi untuk anak-anak kita di masa akan datang...InsyaAllah..

    ReplyDelete
  8. bagaimana pula yg copy logo jakim ni???

    ReplyDelete
  9. Kalau was-was jangan beli. Banyak lagi makanan yang Halal.

    ReplyDelete
  10. Salam, terima kasih atas info berguna ni. Ia menambahkan keyakinan kpd saya untuk memastikan produk keluaran JAKIM halal.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..bru hri ni dpt jmpa blog puan..sgt bermanfaat informasi ini...syukrann jazilann...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..sgt jelas informasi yg puan smpaikn ini...sgt bermanfaat...syukran jazilann...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..sgt jelas informasi yg puan smpaikn ini...sgt bermanfaat...syukran jazilann...

    ReplyDelete
  14. Cnfius aku degn APOLLO..blh bg pencerahan..TQ..

    ReplyDelete
  15. Cnfius aku degn APOLLO..blh bg pencerahan..TQ..

    ReplyDelete